//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome. i'm pa'e farhah. thanks visit and hope enjoy :D


Bigfoots!

Put your CBOX codes here!


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Pa'e Farhah
Others:   


ATHEIST:

                                                             Assalamualaikum :D

Hai semua yang masuk entries aku :) Mohon seronok bace semue post aku, For haters, aku takperlukan kata cacian, kalau taksuke, bolehlah tekan error back okey. Thanks :D 

*Diari seorang pendidik*
         Salwa hidup merantau. Jauh daripada pangkuan keluarga tersayang yang berada di Malaysia. Tugas seorang pendidik, mengajar Salwa untuk lebih tabah menghadapi liku-liku hidup sebagai seorang 'Insegnante'
          
          "Edward, come and take your book", Salwa memanggil seorang pelajarnya untuk mengambil buku.
          " Yes, Thank you Insegnante", balas pelajar itu yang bernama Edward.
          Salwa leka menulis nota nota di papan putih sehinggakan dia tidak sedar ucapan penghargaan daripada seorang anak didiknya itu. Penut satu papan putih dikarang dengan campuran dakwat hitam dan biru. Dengan lafaz 'Bismillahirrahmanirrahim', Salwa memulakan penerangannya. Hasrat Salwa hanya satu, agar anak didiknya mampu memahami apa yang dia ajarkan. Walaupun tidak sepenuhnya, sekelumit pun cukup bermakna buat Salwa. Sepanjang sesi pembelajaran dan pengajarn berlangsung didalam bilik darjah, Salwa melepaskan pandangan ke arah dua puluh lima pasang mata di hadapannya. Matanya tertancap ke arah salah seorang anak didiknya.
    
       " What are you looking at?" Edwrd masih melihat ke arah langit. Soalan Salwa dibiarkan tanpa jawapan.
       "Edward!"
        Salwa mula mengangkat suara. Zacheus yang ralit dibuai keindahan alam ciptaan Tuhan mula tersedar daripada lamunanya. Rakan-rakan sekelas yang lain sudah ketawa melihat tingkah laku Zacheus yang terpinga-pinga.
       "Erm, I`m sorry Insegnante"
       "Please pay attention when I`m teaching and do see me after school"
       "Alright, Insegnante"
       
      Melihat langit? Ah, makin berselirat urat neuron otak Salwa. Edward melihat langit? Ada apa diatas sana? UFO? Mustahil, wujudkah UFO itu? Jangan-jangan Edward mempunyai masalh. Sabarlah Salwa. Sebentar lagi kau akan tahu juga. Salwa meneruskan pengajarannya sehingga tamat waktu. Tiba-tiba, disapa oleh seseorang.
        "Insegnante......"
       "Oh, Edward. You`re not going home?".  Zacheus menjungkitkan keningnya. Salwa yang melihat tindakkannya turut binggung kehairanan.
       "Insegnante, you ask me to see you after class."
  Pap! Satu tamparan melekap di dahi Salwa. Salwa hampir terlupa janji temunya dengan Edward, Salwa melantas beristighfar. Godaan syaitan hampir sahaja menjadikan Salwa seorang munafik. Pandai berjanji, tidak tahu untuk melunaskannya. Salwa... Salwa....
        "Lately, I saw you`re not paying attention when I`m teaching. Either my time or other teacher. Why Edward? Did you have any problem?"
         Edward tertunduk bisu. Seperti didalam kelas tadi, soalan Salwa dibiarkan kosong tanpa jawapan. Barangkali lantai marmar yang dipijak lebih menarik dibanding soalan Salwa.
         
        "Edward.....", Salwa menyapa lembut."
       "I wonder who create the sky to us? There`re beautiful fluffy clouds"
  
Salwa tersentap. Ini rupanya yang merunsingkan fikiran Edward. Siapa pencipta kepulan kapas putih di udara. Bagaimana Salwa mahu memberikan jawapan? Edward beragama Kristian. Salwa gusar sekiranya jawapan yang diberikan tercetusnya satu perdebatan. Apatah lagi Edward hanyalah kanak-kanak kecil yang masih tidak mengetahui apa-apa. Diam-diam, Salwa menundukkan kepala memohon petunjuk daripada Allah.  
                                                                                                        bersambung............